Bergembira dan nikmati hidup sementara menanti jodoh tiba…

 

Kadang-kadang aku terlupa dan terleka. Aku terlupa yang aku memiliki dan menikmati banyak kurniaan Allah yang melimpah ruah. Aku terlupa yang aku memiliki keluarga yang baik dan sihat, tubuh badan yang sihat dan kerjaya yang baik. Kereta juga bagus.

Cuma kadang-kadang sebagai manusia biasa yang lemah, aku asyik berfikir tentang mengapa aku belum berumahtangga lagi. Orang kata perkahwinan itu melengkapkan seseorang samada lelaki atau wanita. Betul juga, ini kerana jika niat untuk berkahwin itu lurus, maka ia adalah satu ibadah yang amat besar ganjarannya. Malah Rasullullah pernah berkata yang apabila seseorang itu menikah, dia sudah melengkapkan separuh dari agamanya. Ini bermakna perkahwinan itu juga membawa bersamanya tanggungjawab yang amat besar juga. Besar ganjaran, besar tanggungjawabnya…amat logik.

 

Cumanya aku tidak pasti samada haruskah aku tunggu atau cari jodoh ku itu? Memandangkan aku sudah bertekad untuk tidak bercouple atau berpacaran lagi, maka aku sentiasa berdoa kepada Allah agar menjatuhcintakan aku hanya kepada jodohku. Malah, aku berdoa kepada Allah agar mempercepatkan jodohku apabila dia sampai kelak. Maksudnya, tidak perlu tunggu lama-lama. Ini kerana ubat kepada cinta adalah pernikahan.

 

Teringat pula kepada bekas teman lelakiku. Baru-baru ini aku terbaca Google+ tentang status-status dia. Rupanya dia baru putus juga dengan seseorang. Aku berdoa agar dia tidak menghancurkan hati mana-mana gadis yang baik. Tapi sebenarnya aku amat bersimpati dengannya. Ini kerana dia masih lagi tercari-cari dan berulangkali putus hubungan dan dengan bangganya menulis di internet tentangnya. Kasihan. Sedangkan aku terus menerus berdoa dan aku bersyukur aku tidak pernah bercouple dengan sesiapa sejak setahun ini. Memang niat aku tidak mahu bercouple dan aku sangat meyakini doa aku agar apabila jodoh sampai, aku langsung menikah, titik.

 

Adakala aku bertanya pada Allah, kenapa lama sangat doa aku belum dikabulkan lagi? Sesekali aku tewas dan bertanya juga soalan sedemikian kepada Allah. Tapi yang menggelikan hatiku, aku juga tahu jawapannya. Aku tahu yang hanya Allah yang mengetahui bila detik aku bertemu dengan jodohku. Kita tidak boleh memaksa Allah mempercepatkan jodoh, kita hanya boleh mempertingkatkan doa bertubi-tubi supaya bertemu jodoh.

Adakala juga aku bertanya pada Allah, adakah aku tidak layak untuk mendapatkan lelaki yang baik dan soleh? adakaah aku tidak layak untuk mendapatkan lelaki yang bekerjaya dan mapan dalam segi ekonominya? Sekali lagi, aku tewas dan terpaksa bertanya soalan-soalan diatas kepada Allah.

Tetapi tiba-tiba aku sedar. Aku sedar Allah sudah berjanji bahawasanya lelaki baik untuk wanita yang baik dan wanita baik adalah untuk lelaki yang baik. Ya, aku sedang berusaha untuk menjadi wanita muslim yang baik. Aku pasti akan mendapatkan lelaki yang baik, malah terbaik untukku, Ameennnn…

 

Aku masih boleh berangan lagi. Siapa namanya? Bagaimana agamanya? Bagaimana rupa parasnya?   Apa kerjayanya?

 

Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin bulan depan aku menikah? Mungkin dalam 3 bulan lagi…tiada siapa tahu. Yang penting, teruskan berdoa!!!!!

 

Ameennn

 

 

 

 

 

 

Bercouple itu sampah! Hentikan bercouple jika inginkan jodoh yang baik..

Bercouple itu semua sampah! Aku tidak pernah bercinta semasa disekolah ataupun di universiti. Bukan kerana aku tidak menarik atau tidak cantik. Tetapi, aku merasakan bercouple itu adalah untuk orang yang sunyi hatinya. Sedangkan aku sentiasa happy go lucky dan memiliki keluarga yang very supportive and loving. Memang aku tidak pernah bercouple, tetapi entah mengapa 2-3 tahun lepas aku sudah mula berkeinginan untuk bercouple. Benarlah kata orang, people change. What i want in life also changed. Kita tidak boleh cakap besar tentang sesuatu yang belum tentu kita tidak akan alami.

Tahun lepas aku telah bertemu dengan teman lelaki pertama dalam hidupku. Selama aku membesar, aku yakin dan telah berjanji dengan diriku agar tidak bercouple pun aku boleh bertemu dengan bakal suami ku. Aku telah memungkiri janjiku pada diriku sendiri. Kini aku menyesal kerana aku telah tidak mengikut kata hati ku dan prinsip ku sendiri. Lagipun there’s nothing much I can do with a boyfriend. Segalanya tidak halal. Sedangkan cinta halal (pernikahan) iaitu menghalalkan segala-galanya antara seorang wanita dan lelaki. Aku kini sedang menanti seorang Muslimin yang terbaik untuk menjadi Imam dalam hidupku.

Aku malu pada diriku sendiri kerana aku telah tidak sengaja mendapat gelaran ‘Bekas teman wanita’ atau lebih memalukan perkataan ‘bekas awek’. Pada pendapat aku, perkataan ‘awek’ itu sounds very cheap. Sebab itu aku selalu menegur bekas teman lelaki aku agar jangan menggelarkan aku ‘awek’ di depan kawan-kawannya.

Kini setelah putus hampir setahun, aku berdoa tanpa henti agar aku ditemukan dengan belahan jiwa aku…

Disetiap lepas solat, aku berdoa …

‘ Ya Allah, kurniakanlah aku jodoh dari sisimu yang terbaik untukku, terbaik untuk menjadi imamku, menjadi sahabat baikku dalam urusan agamaku, dunia dan akhirat’…..

Aku sedar untuk aku mendapat jodoh yang bertaqwa dan yang soleh, aku harus menjadi wanita solehah dan bertaqwa dahulu….itulah usahaku kini…untuk menjadi wanita yang lebih baik disisi Allah….

Oleh itu doaku…

‘Ya Allah, bantulah aku menjadi seorang wanita muslimah yang lebih baik dan bertaqwa….aminnn’

Ingatlah, bercouple itu hanya memalukan dan memilukan. Yang hanya kita lakukan sewaktu bercouple ialah dosa. Dosa berkasih sayang, dosa merayu-rayu dan segala macam dosa lagi. Mungkin orang akan berkata, kalau tak bercouple macammana nak dapatkan jodoh? Ini adalah soalah paling tidak rational atau soalan kurang siuman.  Ini adalah kerana jodoh itu adalah rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu bagaimana, dimana, siapa dan bila dia akan bertemu jodoh. Yang pasti when the right time comes, kita akan bertemu jodoh kita.

Masakan hendak mendapatkan jodoh orang yang baik-baik dengan cara yang tidak halal??? Ok aku mengaku aku teringin mengetahui bagaimana rasanya bercinta, tetapi setelah bercinta (nasib baik 5 bulan sahaja) aku rasa aku semakin jauh dari Allah. Yes, my ex boy-friend gave me what i wanted which was the lovely feeling being in love, but it didn’t make me a happier person.

Aku yakin yang aku akan dapat menemukan suami yang baik dan soleh tanpa perlu bercouple. Akan aku ceritakan diblog ini sebaik sahaja aku bertemu dengan belahan jiwa ku nanti.

Aku berdoa pada Allah agar aku dapat bercinta dengan seorang Muslimin yang amat mencintaiNya…

Aku berdoa pada Allah agar aku dapat berkasih sayang dengan seorang Muslimin yang berkasih sayang denganku kerana dia amat kasih kan Allah…

Padaku bercouple itu amat menyusahkan, aku tidak dapat bayangkan jika seseorang itu ada beberapa teman lelaki atau wanita. Pasti gila dibuatnya.

Jika anda mengutamakan Cinta Allah dan kasih sayangNya, hentikan bercouple..

Jika anda ingin didampingi oleh pasangan yang soleh dan solehah, hentikan bercouple..

Jika anda tidak mahu dikhianati dan dilukai, hentikan bercouple..

Bertaubat dan kembali pada Allah. Hati menjadi tenang dan jodoh yang sebenar pasti datang.

p/s : pesanan dari hamba Allah yang pernah sesat dengan cinta haram suatu masa dulu…trust me, bercinta buat kita tak happy pun…lagipun dibebani dengan bil telefon dan macam-macam lagi bil…

Doa tebus maruah, juga pertemuan yang ditakdirkan

Selama sebulan berpuasa, aku tidak lekang dari berdoa doa yang sama. Disetiap waktu solat dan waktu-waktu yang lain aku berdoa bertubi-tubi agar Allah membantu aku dengan menebus maruah aku. Aku telah difitnah oleh bekas teman lelaki aku sendiri. Fitnah yang amat mengejutkan. Aku bersumpah atas nama Allah dan atas nama arwah ayahku yang sudah meninggal dunia bahawa aku tidak berbuat apa yang dituduh oleh bekas teman lelaki aku itu.

Sewaktu putus hubungan dengan bekas teman lelaki aku itu, aku terasa seperti ditarik keluar dari lubang kesesatan dan kesedihan. Dia suka menekan aku dengan memaksa aku menerima dan bersetuju dengan ideologi-ideologi peliknya. Terkadang aku merasakan seperti dia berada dalam kesesatan yang nyata tetapi aku diamkan sahaja kerana cinta.

Aku tidak berhenti bersyukur kehadrat Allah subhanawataala kerana di tarik jauh-jauh dari sidia.Aku terasa dunia aku lepas bebas. Memang diawal perpisahan, aku menangis sepuas-puasnya dan aku terasa seperti aku dihukum kerana tidak mengendahkan tanda-tanda yang telah diberikan Allah kepadaku. Tetapi, lama-kelamaan aku sedar betapa Allah masih menyayangiku dengan menyelamatkan aku dari lelaki itu.

Memang waktu itu kami bersama-sama sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan. Pagi itu sebelum dia menghantar sms putus, kami bertukar-tukar sms sayang-sayang. Tidak aku sangka, beberapa jam selepas itu dia menghantar sms mengatakan aku telah menyihir dia dengan meletakkan sesuatu didalam makanan yang aku masak setiap kali dia bertandang kerumah. Hancur luluh hatiku.

Tahu apa yang aku buat setelah putus? Aku bertaubat nasuha dan merintih-rintih secara berterusan kepada Allah Subhanawataala. Aku sedar peristiwa ini diizinkan oleh Allah untuk berlaku, aku juga sedar bahawasanya selama 5 bulan aku berhubungan kasih sayang dengan dia, aku tidak menghiraukan kata hati aku, tanda-tanda disekeliling yang telah Allah tunjukkan. Akhirnya, aku menerima padahnya. Tidak jadi kahwin dengan lelaki itu.

Berbalik kepada doa menebus maruah aku, aku tidak henti-henti berdoa agar satu hari nanti keadilan dapat ditegakkan dan kebenaran akan terpancar bahawa aku tidak pernah menyihir lelaki itu. Beberapa hari yang lalu, ada satu job MC atau pengacara majlis yang aku bersetuju melakukan kerana hendak menolong seorang kawan. Kebetulan pengacara majlis yang di war-warkan pada awalnya tidak dapat menghadirkan diri kerana  sakit demam panas. Aku diminta oleh kawan aku untuk menggantikan. Tapi yang amat pelik ialah hatiku terasa sangat bosan untuk menjalankan kerja MC pada malam itu. Aku bertanya kepada Allah, kenapa Dia mengizinkan aku untuk berbuat kerja MC tu?? Aku bosan sangat.

Tetapi kuasa Allah yang Maha Hebat telah menemukan aku dengan pakcik kesayangan bekas teman lelaki aku itu. Pakciknya merupakan salah seorang ahli muzik yang berada dimajlis yang aku acarakan. Aku bertanya ‘Pakcik, pakciknya si********* ye?’ Setelah kali ketiga aku bertanya barulah pakcik tu mengaku. Aku kata aku kawan anak saudara dia.

Kemudian setelah habis majlis, hadirin dan semua orang dijemput makan malam. Setelah makan aku senyum kepada Pakcik tadi dan berlalu pergi. Sedang aku memasukkan barang ke dalam keretaku, pakcik tadi datang dan bertanya aku ni kawan sekolah anak saudara dia ke? Aku agak terkejut pakcik tu berjalan agak jauh semata-mata untuk bertanya soalan tu. Aku jawab, ‘sayalah orang yang tak jadi kawin dengan dia tu pakcik’…..sebelum sempat pakcik tu menjawab aku minta izin mengundurkan diri. Aku sengaja berlalu pergi dengan cepat kerana aku tidak mahu tahu apa-apa pun mengenai bekas temas lelaki aku itu. Untuk pengetahuan pembaca, aku berjaya sehingga sekarang setelah hampir setahun tidak mencari tahu tentang lelaki itu, samada facebook atau twitter atau blognya. Aku berjaya SHUT dia terus dari hidupku.

Memanglah apa yang Allah janjikan itu benar. Jika Allah berkehendak, tiada apa dan siapa yang boleh menghalangnya. Bayangkan, aku berdoa bertubi-tubi supaya maruah aku di tebus. Tahu kenapa? Sebabnya ialah bekas teman lelaki aku itu sifat utamanya ialah suka mengadakan cerita yang tidak ada. Maka aku pasti dia telah menceritakan pelbagai keburukan tentang aku. Bagaimana aku boleh hendak berkahwin dengan orang yang begini? Betullah kata orang, bila kita terlalu mencintai manusia, mata dan hati dikaburi.

My point is that, riak wajah yang berfikir dan tertanya-tanya pakcik kepada bekas teman lelaki aku itu masih terbayang dimindaku. Malam itu, majlis yang menemukan aku dengan pakcik tersebut sekurang-kurangnya dapat mengubah pandangannya terhadap aku yang aku pasti telah diburukkan oleh anak saudaranya itu. Mengapa aku kata pakcik itu seperti berfiki-fikir? Ini kerana pada penghujung tahun lepas, 2 minggu sebelum majlis pertunangan aku dengan lelaki itu, aku dibawa ke majlis perkahwinan sepupunya yang berlangsung di kelana jaya. Aku diperkenalkan kepada seluruh saudara maranya termasuk pakciknya itu. Seminggu sebelum pertunangan kami, bekas teman lelaki ku minta putus disertai dengan tuduhan gilanya itu.

Jika aku ni kaki menyihir orang, lebih baik aku sihir orang yang kaya raya, berjaya dan berstatus. Tak sudi aku hendak menyihir bekas teman lelaki aku yang sangat sederhana itu. Betullah kata Mario teguh, belahan jiwa kita tidak berbeza dari kita. Ini menunjukkan belahan jiwa aku bukan bekas teman lelaki aku tu.

Kadang aku terfikir jika dia tidak mahu berkahwin atau tidak bersedia untuk berkahwin, apalah salahnya berterus terang. Aku pasti boleh menerimanya.

Kini aku sangat yakin seyakin-yakinnya dengan doaku. Aku tidak tahu siapa bakal jodohku, dimana akan aku jumpa, dan bila akan aku jumpa. Tapi yang aku tahu sekarang, PERTEMUAN itu adalah rahsia Allah. Sama seperti apa yang terjadi dimalam majlis aku menjadi pengacara majlis itu. Jika aku buat keputusan untuk tidak mengacara, aku tidak akan bekerjasama dengan kumpulan pemuzik itu, dan aku tidak akan berjumpa dengan pakcik itu, dan aku tidak dapat menunjukkan diriku kepada pakcik itu, dan aku mungkin terlepas peluang untuk menebus diriku. Sekurang-kurangnya dengan bertemu dengan aku sekali lagi membuatkan pakcik tu berfikir dan tidak menerima fitnah anak saudaranya bulat-bulat. Aku anggap pertemuan itu adalah permulaan kepada pembersihan namaku.

Welcome to a world of heartfelt stories

‘ To have a tranquil heart is a true luxury’