Doa tebus maruah, juga pertemuan yang ditakdirkan

Selama sebulan berpuasa, aku tidak lekang dari berdoa doa yang sama. Disetiap waktu solat dan waktu-waktu yang lain aku berdoa bertubi-tubi agar Allah membantu aku dengan menebus maruah aku. Aku telah difitnah oleh bekas teman lelaki aku sendiri. Fitnah yang amat mengejutkan. Aku bersumpah atas nama Allah dan atas nama arwah ayahku yang sudah meninggal dunia bahawa aku tidak berbuat apa yang dituduh oleh bekas teman lelaki aku itu.

Sewaktu putus hubungan dengan bekas teman lelaki aku itu, aku terasa seperti ditarik keluar dari lubang kesesatan dan kesedihan. Dia suka menekan aku dengan memaksa aku menerima dan bersetuju dengan ideologi-ideologi peliknya. Terkadang aku merasakan seperti dia berada dalam kesesatan yang nyata tetapi aku diamkan sahaja kerana cinta.

Aku tidak berhenti bersyukur kehadrat Allah subhanawataala kerana di tarik jauh-jauh dari sidia.Aku terasa dunia aku lepas bebas. Memang diawal perpisahan, aku menangis sepuas-puasnya dan aku terasa seperti aku dihukum kerana tidak mengendahkan tanda-tanda yang telah diberikan Allah kepadaku. Tetapi, lama-kelamaan aku sedar betapa Allah masih menyayangiku dengan menyelamatkan aku dari lelaki itu.

Memang waktu itu kami bersama-sama sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan. Pagi itu sebelum dia menghantar sms putus, kami bertukar-tukar sms sayang-sayang. Tidak aku sangka, beberapa jam selepas itu dia menghantar sms mengatakan aku telah menyihir dia dengan meletakkan sesuatu didalam makanan yang aku masak setiap kali dia bertandang kerumah. Hancur luluh hatiku.

Tahu apa yang aku buat setelah putus? Aku bertaubat nasuha dan merintih-rintih secara berterusan kepada Allah Subhanawataala. Aku sedar peristiwa ini diizinkan oleh Allah untuk berlaku, aku juga sedar bahawasanya selama 5 bulan aku berhubungan kasih sayang dengan dia, aku tidak menghiraukan kata hati aku, tanda-tanda disekeliling yang telah Allah tunjukkan. Akhirnya, aku menerima padahnya. Tidak jadi kahwin dengan lelaki itu.

Berbalik kepada doa menebus maruah aku, aku tidak henti-henti berdoa agar satu hari nanti keadilan dapat ditegakkan dan kebenaran akan terpancar bahawa aku tidak pernah menyihir lelaki itu. Beberapa hari yang lalu, ada satu job MC atau pengacara majlis yang aku bersetuju melakukan kerana hendak menolong seorang kawan. Kebetulan pengacara majlis yang di war-warkan pada awalnya tidak dapat menghadirkan diri kerana  sakit demam panas. Aku diminta oleh kawan aku untuk menggantikan. Tapi yang amat pelik ialah hatiku terasa sangat bosan untuk menjalankan kerja MC pada malam itu. Aku bertanya kepada Allah, kenapa Dia mengizinkan aku untuk berbuat kerja MC tu?? Aku bosan sangat.

Tetapi kuasa Allah yang Maha Hebat telah menemukan aku dengan pakcik kesayangan bekas teman lelaki aku itu. Pakciknya merupakan salah seorang ahli muzik yang berada dimajlis yang aku acarakan. Aku bertanya ‘Pakcik, pakciknya si********* ye?’ Setelah kali ketiga aku bertanya barulah pakcik tu mengaku. Aku kata aku kawan anak saudara dia.

Kemudian setelah habis majlis, hadirin dan semua orang dijemput makan malam. Setelah makan aku senyum kepada Pakcik tadi dan berlalu pergi. Sedang aku memasukkan barang ke dalam keretaku, pakcik tadi datang dan bertanya aku ni kawan sekolah anak saudara dia ke? Aku agak terkejut pakcik tu berjalan agak jauh semata-mata untuk bertanya soalan tu. Aku jawab, ‘sayalah orang yang tak jadi kawin dengan dia tu pakcik’…..sebelum sempat pakcik tu menjawab aku minta izin mengundurkan diri. Aku sengaja berlalu pergi dengan cepat kerana aku tidak mahu tahu apa-apa pun mengenai bekas temas lelaki aku itu. Untuk pengetahuan pembaca, aku berjaya sehingga sekarang setelah hampir setahun tidak mencari tahu tentang lelaki itu, samada facebook atau twitter atau blognya. Aku berjaya SHUT dia terus dari hidupku.

Memanglah apa yang Allah janjikan itu benar. Jika Allah berkehendak, tiada apa dan siapa yang boleh menghalangnya. Bayangkan, aku berdoa bertubi-tubi supaya maruah aku di tebus. Tahu kenapa? Sebabnya ialah bekas teman lelaki aku itu sifat utamanya ialah suka mengadakan cerita yang tidak ada. Maka aku pasti dia telah menceritakan pelbagai keburukan tentang aku. Bagaimana aku boleh hendak berkahwin dengan orang yang begini? Betullah kata orang, bila kita terlalu mencintai manusia, mata dan hati dikaburi.

My point is that, riak wajah yang berfikir dan tertanya-tanya pakcik kepada bekas teman lelaki aku itu masih terbayang dimindaku. Malam itu, majlis yang menemukan aku dengan pakcik tersebut sekurang-kurangnya dapat mengubah pandangannya terhadap aku yang aku pasti telah diburukkan oleh anak saudaranya itu. Mengapa aku kata pakcik itu seperti berfiki-fikir? Ini kerana pada penghujung tahun lepas, 2 minggu sebelum majlis pertunangan aku dengan lelaki itu, aku dibawa ke majlis perkahwinan sepupunya yang berlangsung di kelana jaya. Aku diperkenalkan kepada seluruh saudara maranya termasuk pakciknya itu. Seminggu sebelum pertunangan kami, bekas teman lelaki ku minta putus disertai dengan tuduhan gilanya itu.

Jika aku ni kaki menyihir orang, lebih baik aku sihir orang yang kaya raya, berjaya dan berstatus. Tak sudi aku hendak menyihir bekas teman lelaki aku yang sangat sederhana itu. Betullah kata Mario teguh, belahan jiwa kita tidak berbeza dari kita. Ini menunjukkan belahan jiwa aku bukan bekas teman lelaki aku tu.

Kadang aku terfikir jika dia tidak mahu berkahwin atau tidak bersedia untuk berkahwin, apalah salahnya berterus terang. Aku pasti boleh menerimanya.

Kini aku sangat yakin seyakin-yakinnya dengan doaku. Aku tidak tahu siapa bakal jodohku, dimana akan aku jumpa, dan bila akan aku jumpa. Tapi yang aku tahu sekarang, PERTEMUAN itu adalah rahsia Allah. Sama seperti apa yang terjadi dimalam majlis aku menjadi pengacara majlis itu. Jika aku buat keputusan untuk tidak mengacara, aku tidak akan bekerjasama dengan kumpulan pemuzik itu, dan aku tidak akan berjumpa dengan pakcik itu, dan aku tidak dapat menunjukkan diriku kepada pakcik itu, dan aku mungkin terlepas peluang untuk menebus diriku. Sekurang-kurangnya dengan bertemu dengan aku sekali lagi membuatkan pakcik tu berfikir dan tidak menerima fitnah anak saudaranya bulat-bulat. Aku anggap pertemuan itu adalah permulaan kepada pembersihan namaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: